ANKARA – Seorang nelayan terkejut apabila mendapati kapal dinaikinya dikelilingi fenomena ombak segi empat yang berbahaya di luar pantai Turkiye, lapor akhbar The Sun semalam.
Kejadian itu disebabkan oleh dua sistem gelombang ombak yang bergerak pada kelajuan dan trajektori berbeza.
Sistem gelombang itu bertemu di permukaan dan menyerupai papan dam.
Peristiwa aneh itu dirakamkan di Laut Aegean di luar pantai Turkiye.
Satu rakaman video menunjukkan beberapa nelayan melihat ombak yang membentuk corak seperti papan catur.
Pelayar-pelayar yang berpengalaman tahu untuk keluar dari laut apabila mereka melihat corak ombak yang jarang ditemui. – AGENSI