fbpx

Lelaki miliki 16 isteri, 100 anak, 144 cucu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seluruh keluarga besar Kapinga tinggal di satu kawasan seperti perkampungan kecil. - Afrimax

DODOMA – Seorang lelaki di  Tanzania mengundang perhatian ramai kerana memiliki 16 orang isteri, lebih 100 anak dan 144 cucu, lapor laman berita Oddity Central semalam.

Mzee Ernesto Muinuchi Kapinga, menyediakan setiap isterinya  rumah di sebuah kawasan menyerupai perkampungan kecil. Ia dihuni oleh mereka sekeluarga.

Menurut Kapinga, dia mula mengamalkan poligami atas permintaan bapanya yang menyuruh dia membesarkan keluarga mereka.

Ketika waktu kemuncak, lelaki itu pernah memiliki 20 isteri, namun ada antara mereka  meninggal dunia dan berpisah dengannya.

Salah seorang isterinya berkata, mereka hidup dalam keadaan harmoni dan tiada perasaan cemburu sesama sendiri.

“Di sini, setiap orang mempunyai peranan masing-masing. Setiap isteri ada rumah sendiri, dapur sendiri, tiada saingan. 

“Semua orang tahu tempat mereka, kami bertani bersama-sama, makan dan bekerja bersama. Ini bukan sahaja rumah, malah ia adalah satu sistem komuniti dan ia berfungsi,” katanya.

Seisi keluarga Kapinga bergantung sepenuhnya kepada tanaman dan ternakan sebagai mata pencarian. 

Mereka menanam jagung, kacang, ubi kayu dan pisang, dan menjual barangan lain. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI