fbpx

Kerajaan cadang tubuh majlis komuniti perkasa industri gaharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Johari menyampaikan ucapan pada Majlis Pelancaran buku, Agarwood: Diamond of The Forest di Restoran Hening, Jalan Damai di sini, hari ini. Foto oleh MUHAMAD IQBAL ROSLI

KUALA LUMPUR – Kerajaan bercadang menubuhkan sebuah majlis komuniti kecil bagi memperkasa industri kayu gaharu di Malaysia dengan memastikan setiap hasilnya dapat dinilai mengikut gred kualiti yang tepat.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, majlis tersebut akan dianggotai oleh pakar tempatan, pemain industri serta tenaga mahir dari luar negara bagi membangunkan sistem penilaian gaharu yang lebih teratur.

“Saya akan mendapatkan data daripada Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) untuk mengenal pasti pihak yang terlibat dalam penanaman pokok gaharu.

“Jika perlu, kita juga akan menjemput pakar luar negara bagi berkongsi ilmu tentang cara menggred dan menilai gaharu secara lebih sistematik,” katanya selepas Majlis Pelancaran Buku Agarwood: Diamond of the Forest di sini, hari ini.

Katanya, melalui penubuhan majlis tersebut, Malaysia juga berpotensi untuk mengeluarkan sijil kualiti gaharu sendiri pada masa hadapan, sekali gus meningkatkan daya saing produk tempatan di pasaran antarabangsa.

Menurut Johari, industri kayu gaharu mempunyai potensi besar di peringkat global dengan anggaran nilai pasaran mencecah AS$1 bilion.

“Banyak jenama minyak wangi antarabangsa menggunakan gaharu sebagai bahan utama dalam produk mereka, menunjukkan betapa tingginya permintaan global terhadap bahan ini,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI