fbpx

‘Kami teliti, ambil masa’ – Lagu duet Hael, Aina siap tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lagu duet Hael (kanan) dan Aina bakal siap sepenuhnya tahun ini.

PETALING JAYA – Penyanyi dan komposer, Hael Husaini tidak menyangka versi demo lagu duet bersama Aina Abdul yang tular dalam media sosial mendapat sambutan luar biasa daripada peminat.

Hael atau nama lengkap Hal Husaini Razmi, 37, berkata, mereka masih mencari masa sesuai untuk menyiapkan lagu tersebut bagi memastikan hasil akhir benar-benar berkualiti.

“Bahagian lagu yang telah tular itu hanya sesi demo bersama Aina. Tak sangka versi pendek itu boleh menarik perhatian begitu ramai peminat.

“Sekarang kami sedang mencari masa sesuai untuk menyelesaikan lagu ini sebelum dilancarkan secara rasmi,” katanya ketika ditemui pada majlis pertunjukan fesyen koleksi jenama Amber bertemakan ‘Raya Romantics’, baru-baru ini.

Hael juga tidak menolak kemungkinan lagu tersebut bakal dilancarkan tahun ini, namun tetap mengutamakan kualiti dalam penghasilan karya.

“Saya dan Aina memang sangat teliti dalam setiap lagu, sebab itu prosesnya mengambil masa.

“Insya-Allah, peminat tidak perlu risau. Kami akan pastikan lagu ini siap dan dilancarkan dalam tahun ini,” katanya lagi.

Terdahulu, peminat dalam laman X mula bertanya perkembangan lagu tersebut selepas ‘teaser’ pendek tular dalam media sosial.

Meskipun hanya beberapa saat, ramai sudah jatuh cinta dan menjangkakan lagu itu bakal menjadi fenomena. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI