fbpx

Bunuh bayi: Ibu 19 tahun dirujuk ke Hospital Permai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nurul Ain dibawa ke Mahkamah Majistret Port Dickson.

PORT DICKSON – Mahkamah Majistret di sini hari ini membenarkan remaja perempuan yang berdepan tuduhan membunuh bayinya pada bulan lalu dirujuk ke Hospital Permai di Tampoi, Johor bagi penilaian kesihatan mental selama sebulan.

Majistret Hairun Najmi Mashahadi membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan peguam Ahmad Lokman Abdul Aziz yang mewakili Nurul Ain Haslan, 19, untuk menjalani pemeriksaan mengikut Seksyen 342 Kanun Acara Jenayah.

Mahkamah turut menetapkan tarikh sebutan semula kes ditetapkan pada 27 Mac ini.

Pada 31 Januari lalu, sepasang kekasih dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seremban atas pertuduhan membunuh bayi perempuan di Teluk Kemang di sini pada 21 Januari lalu.

Nurul Ain dan Muhammad Emer Irfan Hasren, 21, hanya mengaku faham sebaik pertuduhan dibacakan secara bersama di hadapan Majistret Nurul Saqinah Rosli.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI