fbpx

Hujan lebat hampir seluruh negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir hampir di seluruh negara sehingga pukul 6 petang ini.

Amaran itu dikeluarkan susulan hujan lebat serta ribut petir yang dijangka melanda seluruh negeri seperti Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Wilayah Persekutuan (WP) Putrajaya, WP Kuala Lumpur dan beberapa daerah di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di negeri Kedah melibatkan daerah Kulim dan Bandar Baharu.

“Di Pulau Pinang, cuaca sama dijangka berlaku di Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan,” katanya di sini hari ini.

Selain itu, hujan lebat serta ribut petir turut diramalkan berlaku di Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk, Hilir Perak dan Muallim di Perak.

“Keadaan sama boleh berlaku di Jeli, Kelantan manakala di Terengganu pula di daerah Dungun.

“Cuaca buruk itu juga diramalkan melanda Pahang iaitu di Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh dan Bera,” katanya.

Selain itu, amaran ribut petir itu juga turut melibatkan daerah di Johor iaitu di Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang dan Pontian.

“Keadaan sama juga dijangka berlaku di Serian, Sarawak.

“Bagi Sabah pula, amaran dikenakan di Pantai Barat (Ranau), Tawau (Lahad Datu) dan Sandakan (Tongod, Telupid dan Kinabatangan),” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI