fbpx

Gadis maut kereta terbabas, jatuh gaung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASUKAN penyelamat mengangkat mayat mangsa yang maut selepas Proton Saga dipandunya terbabas sebelum jatuh gaung dalam kemalangan di Kilometer 32, Jalan Lok Heng-Mawai, Kota Tinggi hari ini.

KOTA TINGGI – Seorang remaja maut selepas kereta yang dipandu terbabas dan jatuh ke dalam gaung sedalam lebih tujuh meter di Kilometer 32 Jalan Lok Heng-Mawai di sini petang hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 6.15 petang itu, mangsa yang meninggal dunia ialah gadis berusia 19 tahun yang memandu kereta Proton Saga.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, hasil siasatan awal mendapati, kereta yang dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan jatuh ke dalam gaung berhampiran.

“Dalam kemalangan tersebut, mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan disahkan meninggal di tempat kejadian. Mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat. Kes masih dalam siasatan pihak polis,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI