fbpx

EPL: Impian pentas Eropah Brighton semakin cerah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WELBECK yang masuk sebagai pemain gantian muncul wira Brighton apabila meledak gol kemenangan pasukan itu. - AFP

BRIGHTON – Kemenangan ketiga berturut-turut dilakar Brighton dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menewaskan Bournemouth pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Amex awal pagi semalam.

Pada perlawanan itu, Seagulls yang turun selaku tuan rumah memastikan tiga mata berharga menerusi jaringan Joao Pedro dan Danny Welbeck manakala gol pasukan pelawat dijaringkan Justin Kluivert.

Meskipun gembira dengan kemenangan itu, namun pengurus Brighton, Fabian Hurzeler berkata, anak-anak buahnya bernasib baik dapat mengutip tiga mata memandangkan Bournemouth lebih banyak menguasai permainan.

“Pada perlawanan hari ini (semalam), kami bermula cukup baik dan mencipta beberapa peluang untuk menjaringkan gol. Kami tampilkan aksi cukup agresif di separuh mata pertama dan layak untuk mendahului.

“Bagaimanapun, permainan mula menurun di separuh masa kedua, terutamanya selepas gol Kluivert yang secara tiba-tiba. Kami terpaksa bergelut dan pemain-pemain menjalankan tanggungjawab dengan baik,” katanya.

Kemenangan itu menyaksikan Brighton terus menghidupkan peluang untuk menamatkan saingan dalam kelompok 10 pasukan teratas, sekali gus berada pada landasan terbaik melangkah ke pentas Eropah musim depan.

“Secara jujur, Bournemouth merupakan pasukan yang lebih baik kerana mereka mengawal permainan dengan baik. Saya fikir Brighton cukup bertuah kerana berjaya mendapatkan tiga mata,” ujar Hurzeler. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI