fbpx

Dewan Rakyat: Penyasaran subsidi RON95 dijangka pertengahan tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) masih dalam peringkat menentukan mekanisme terbaik untuk melaksanakan penyasaran RON95.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, kerajaan mahu memastikan penyasaran itu benar-benar mencapai objektif sebelum ia dijangka dilaksanakan pertengahan tahun ini.

Kata beliau, kerajaan juga mahu memastikan tidak berlaku kenaikan harga barang dan perkhidmatan secara tidak munasabah dan tidak terkawal akibat penyasaran subsidi.

“Kumpulan sasar yang akan menggunakan `fleet card’ bersubsidi ini sedang dikenal pasti. Satu perbincangan akan dilaksanakan bagi memuktamadkan senarai akhir kumpulan yang layak,” katanya dalam jawapan bertulis kepada Dewan Rakyat hari ini.

Armizan berkata, KPDN akan turut mempertingkat penguatkuasaan bagi mengawal dan mengekang peniaga daripada mengambil kesempatan memanipulasi harga barangan.

Menurut beliau, penguatkuasaan itu melalui Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Harga dan Antipencatutan (Mekanisme Untuk Menentukan Keuntungan Tinggi Yang Tidak Munasabah) 2018.

Kata beliau, kerajaan akan turut melaksanakan tindakan di bawah Ops Kesan bagi memastikan tiada pihak mengambil kesempatan kesan daripada penyasaran subsidi RON95.

“Pada masa sama, kementerian meningkatkan Program Pengedaran Barang Perlu dan diperluaskan di kawasan baharu terutama di kawasan pedalaman serta memperkenalkan inisiatif Kita Gempur,” katanya.

Selain itu, katanya, kerajaan akan terus melaksanakan pelbagai inisiatif meringankan kos sara hidup rakyat seperti Skim Harga Maksimum Musim Perayaan dan Program Jualan Rahmah Madani di seluruh negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI