fbpx

Dewan Rakyat: Kerajaan sedang kaji pelaksanaan caj kesesakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kesesakan lalu lintas yang teruk di Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Kesesakan lalu lintas di ibu negara dapat dikurangkan sekitar 20 peratus jika caj kesesakan dilaksanakan di Kuala Lumpur.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa berkata, pelaksanaan caj kesesakan namun masih di peringkat kajian.

“Pelaksanaan caj kesesakan masih di peringkat kajian oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dan Malaysia Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC).

“Kajian merangkumi mekanisme pelaksanaan, unjuran penurunan jumlah trafik, serta kadar peningkatan penggunaan pengangkutan awam sekiranya caj ini diperkenalkan,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Azman Nasrudin (PN-Padang Serai) berhubung mekanisme caj kesesakan yang bakal digunakan dan jumlah penurunan kesesakan dijangka kerajaan.

Kuala Lumpur mencatatkan purata kenderaan keluar masuk 1.5 juta sehari, purata 24 jam dalam satu-satu masa dan terdapat 6 juta kenderaan dalam ibu kota.

Bagaimanapun, dalam masa yang sama, jumlah pengguna pengangkutan awam di Kuala Lumpur hanyalah 25 peratus.

Terdahulu, Zaliha memaklumkan, sebanyak tiga bandar raya dikenal pasti berpotensi untuk melaksanakan caj kesesakan ketika ini iaitu Kuala Lumpur, Georgetown dan Johor Bahru.

Bagaimanapun, katanya, beliau hanya boleh menjawab mengenai Kuala Lumpur memandangkan bidang kuasa beliau hanya meliputi Wilayah Persekutuan.

Ujar beliau, beberapa mekanisme pelaksanaan yang telah digunakan di bandar-bandar antarabangsa sedang dipertimbangkan untuk pelaksanaan caj kesesakan.

Kata beliau, antara mekanisme itu adalah `Electronic License Plate Reader’ seperti di New York yang mengenakan caj berdasarkan pembacaan nombor plat kenderaan secara automatik.

Tambah beliau, `Electronic Road Pricing’ seperti di Singapura pula mengenakan caj kesesakan secara elektronik mengikut zon dan Waktu tertentu bagi mengawal aliran trafik;

“`Congestion Charge Zone’ seperti di London di mana sistem akan mengenakan caj tetap ke atas kenderaan yang memasuki kawasan bandar tertentu pada waktu puncak.

“`Road Space Rationing’ seperti di Jakarta dan Beijing di mana penggunaan kenderaan persendirian dihadkan berdasarkan nombor plat ganjil atau genap pada hari-hari tertentu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI