fbpx

Bintang Buffy the Vampire Slayer’s, Gossip Girl meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mendiang Michelle Trachtenberg meninggal dunia pada usia 39 tahun.

PELAKON yang cukup terkenal menerusi naskhah ikonik, Buffy the Vampire Slayer’s dan Gossip Girl iaitu Michelle Trachtenberg meninggal dunia pada usia 39 tahun.

Memetik BBC, Polis Manhattan dilaporkan menerima panggilan kecemasan pada pagi Rabu menemui Trachtenberg tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Pihak keluarga mendiang Trachtenberg menerusi kenyataan yang dikeluarkan mengesahkan kematian pelakon tersebut.

“Dengan berat hati kami mengesahkan Michelle Trachtenberg telah meninggal dunia. Kami meminta ruang dan privasi diberikan kepada mereka buat masa ini,” ujar kenyataan tersebut.

Sementara itu pihak berkuasa tempatan, New York City Police Department (NYPD) mendakwa tiada unsur jenayah terhadap kematian Trachtenberg.

“Tiada unsur jenayah dan laporan kematian masih dalam siasatan,” ujar kenyataan tersebut.

Rakan seperjuangannya yang turut sama membintangi siri Gossip Girl, Blake Lively menzahirkan rasa simpati atas kematian Tranchtenberg.

“Trachtenberg seorang manusia yang sangat baik. Dia seorang rakan yang tiada galang ganti. Semoga dia tenang di sana,” tulis Lively menerusi Instagram.

Mendiang Trachtenberg mencipta nama sebagai pelakon kanak-kanak pada tahun 1990-an dan 2000 sebelum meneruskan karier terlibat dalam beberapa karya termasuklah Buffy the Vampire Slayer’s dan Gossip Girl. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI