fbpx

Bilik kebal ‘kiamat’ terima 14,000 sampel benih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pekerja berdiri di hadapan pintu masuk Svalbard Global Seed Vault (SGSV). – Getty Images

OSLO – Sebuah bilik kebal yang menyimpan benih tanaman makanan dari seluruh dunia sebagai persiapan ‘hari kiamat’, menerima lebih 14,000 sampel baharu, lapor akhbar Arab News kelmarin. 

Dinamakan Svalbard Global Seed Vault, bilik kebal terletak di kawasan gunung pada kepulauan Artik di Norway itu dibina sebagai persiapan kepada malapetaka termasuk perang nuklear dan pemanasan global. 

Ia dilancarkan pada 2008 sebagai sandaran kepada bank gen dunia untuk menyimpan kod genetik beribu-ribu spesies tumbuhan.

Dilindungi oleh permafrost, bilik kebal itu telah menerima sampel dari seluruh dunia dan memainkan peranan utama antara tahun 2015 hingga 2019 dalam membina semula koleksi benih yang rosak semasa perang di Syria.

“Benih yang didepositkan minggu ini bukan sahaja mewakili biodiversiti, malah pengetahuan, budaya serta daya tahan masyarakat yang menjaga mereka.

“Sumbangan baharu itu termasuk 15 spesies dari Sudan yang terdiri daripada beberapa jenis sorghum. Ia merupakan tumbuhan penting untuk keselamatan makanan negara dan warisan budayanya,” kata Pengarah Eksekutif Crop Trust, Stefan Schmitz.

Sebanyak 14,022 sampel baharu termasuk benih spesies pokok Nordic dari Sweden dan beras dari Thailand telah didepositkan sekitar pukul 2.40 petang (waktu tempatan) kelmarin. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI