fbpx

Beza usia 50 tahun, namun masih sihat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Majlis perkahwinan Elis dan Akang Acep diadakan pada 14 Februari lalu. - TikTok

JAKARTA – Sepasang pengantin baharu di Bogor, wilayah Jawa Barat menjadi perhatian ramai kerana mempunyai perbezaan usia 50 tahun, lapor portal berita Wolipop hari ini.

Seorang jurusolek, Frilla Kamila memuat naik gambar pasangan tersebut di platform TikTok.

Kedua-dua mereka mengenakan busana pengantin serba putih mengikut adat Sunda.

Menurut Frilla, pasangan pengantin tersebut bernama Elis dan Akang Acep, manakala majlis perkahwinan mereka diadakan pada 14 Februari lalu.

“Tiada apa yang dihairankan. Mereka saling mencintai. 

“Pengantin lelaki memiliki tanah sawah seluas 30 hektar dari Bogor hingga Ciamis,” kata Frilla.

Hantaran itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada netizen.

“Adakah dia (pengantin lelaki) bukan bapanya?” kata seorang netizen.

“Beza 50 tahun? Alhamdulillah, masih sihat. Jaga suami baik-baik dan jangan lupa tanyakan di mana dia simpan hartanya,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI