fbpx

Tujuh individu dituduh bunuh lelaki Rohingya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Enam lelaki dituduh membunuh mangsa etnik Rohingya di Mahkamah Majistret Sungai Petani, hari ini.

SUNGAI PETANI – Seorang lelaki tempatan serta enam etnik Rohingya dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh rakan sekerja mereka pada bulan lalu.

Tertuduh terdiri daripada warga tempatan K. Ganesan, 35, serta etnik Rohingya iaitu Ruhul Amin Noor Mohammed, 28; Muhammad Rofik Shakir Muhammad, 40, dan Mohammed Saker Futum Busu, 46.

Tiga lagi ialah Mohamad Faruk Mohamad Solim, 30; Mohamad Islam Boli Amin, 52, dan Hamidah Begum Rudoil, 47.

Kesemua mereka mengangguk faham sebaik pertuduhan tersebut dibacakan di hadapan Majistret, Khairatul Animah Jelani Walau bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada semua tertuduh.

Mengikut pertuduhan, mereka bersama empat lagi yang masih bebas didakwa membunuh seorang lelaki etnik Rohingya, Abdul Khair Abdul Kalam.

Mahkamah tidak membenarkan jaminan dan menetapkan 17 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Kosmo! pada 4 Februari lalu melaporkan seorang lelaki etnik Rohingya maut dipukul di Taman Loke Poh Seng, Jalan Kampung Sungai Baru, di sini pada bulan lepas selepas didakwa mencuri wang lebih RM40,000 serta barang kemas milik majikannya.

Lebih tragis mangsa berusia lewat 20-an itu turut dibungkus dengan kain cadar sebelum dimasukkan ke dalam kolah dan ditimbus tanah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI