fbpx

Stor sorok 95 tong LPG secara haram disita KPDN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota penguat kuasa KPDN Taiping memeriksa tong LPG yang ditemui di sebuah stor di Selama semalam. - Foto IHSAN KPDN

TAIPING – Sebuah premis di Selama di sini yang dikesan menyimpan 95 unit tong gas petroleum cecair (LPG) secara haram diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak pada pukul 11.30 pagi semalam.

Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, tindakan kes itu adalah hasil pemantauan dan pemeriksaan yang dilaksanakan oleh anggota penguat kuasa melalui Ops Api Biru.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan yang dijalankan mendapati premis tersebut merupakan sebuah stor menyimpan LPG.

“Seorang lelaki berumur 33 tahun disyaki pemilik premis gagal mengemukakan sebarang lesen atau permit bagi urusan melibatkan barang kawalan LPG oleh Pengawal Bekalan Malaysia apabila diminta.

“Sehubungan itu, satu tindakan kes telah diambil dengan menyita sebanyak 95 unit tong LPG di mana 53 unit di antaranya mengandungi LPG dengan nilai sitaan adalah dianggarkan RM8,457.60,” katanya di sini hari ini.

Kamalludin berkata, kes akan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.

“KPDN ingin memberi amaran keras ke atas mana-mana individu atau syarikat berkaitan agar sentiasa mematuhi perundangan yang telah ditetapkan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI