fbpx

Siti bakal lancar lagu raya baharu ciptaan Aisha Retno

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siti bakal melancarkan lagu raya ciptaan Aisha Retno dalam waktu terdekat.

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza bakal melancarkan lagu raya terbaharu dalam masa terdekat sekali gus mengubat kerinduan peminat terhadap buah tangan istimewanya setiap kali menjelang Syawal.

Siti, atau nama lengkap Siti Nurhaliza Tarudin, 46, berkata, lagu tersebut sudah pun siap dirakam beberapa hari lalu dan merupakan hasil ciptaan penyanyi serta komposer muda berbakat besar, Aisha Retno.

“Lagu raya ada dan insya-Allah akan dikeluarkan. Sesi rakaman sudah pun selesai.

“Saya sangat teruja dengan lagu itu. Tahniah Aisha Retno, anak muda yang hebat,” katanya menerusi sesi siaran langsung dalam TikTok, baru-baru ini.

Pengumuman tersebut mencetuskan keterujaan dalam kalangan peminat yang tidak sabar mendengar lagu baharu daripada penyanyi kesayangan ramai itu.

“Tak sabar nak dengar lagu raya baharu daripada Tokti. Mesti meriah!, dia pula Biduanita Negara, jarang tak sedap,” komen seorang netizen.

“Lagu raya Siti memang lain macam auranya. Harap tahun ini meletup lagi,” ujar seorang peminat.

Malah, ada yang mendakwa sudah mendengar sedutan pendek lagu itu dan memuji hasilnya.

“Dengar sikit pun dah rasa meremang. Confirm jadi lagu raya wajib tahun ini,” kata seorang pengguna media sosial

Terdahulu, kali terakhir Siti tampil dengan lagu raya baharu adalah menerusi Lip Lap Raya pada tahun 2022. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI