fbpx

Semua usul Malaysia diterima negara anggota ASEAN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamed Khaled pada sidang akhbar selepas mempengerusikan ADMM Retreat di Batu Ferringhi, hari ini. - Foto oleh IQBAL HAMDAN / KOSMO!

GEORGE TOWN – Negara anggota ASEAN sepakat menerima kesemua usul yang dibawa Malaysia dalam sesi Pemukiman Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM Retreat) yang berlangsung hari ini.

Malaysia yang mempengerusikan ADMM Retreat telah membentangkan enam usul utama, termasuk keselamatan siber serta penggunaan AI dalam pertahanan, pengukuhan keselamatan maritim, bantuan kemanusiaan dan pengurusan bencana dan kerjasama industri pertahanan.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kesemua usul yang dipersetujui dalam ADMM Retreat itu akan dibentangkan ke Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN pada November ini.
”Pemukiman ini menerima semua perkara yang dibawa Malaysia. Daripada perbincangan ini, ia akan dijadikan asas untuk mesyuarat rasmi ADMM kelak,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan ADMM Retreat di Batu Ferringhi, di sini hari ini.
Menurutnya, pemukiman tersebut turut membincangkan resolusi bagi mengukuhkan kerjasama ASEAN dan masyarakat antarabangsa dalam menangani cabaran keselamatan baharu di peringkat serantau serta global.
“Kami berbincang mengenai pelbagai bentuk kerjasama pertahanan bagi memastikan kesepaduan ASEAN terus kukuh dalam menghadapi cabaran keselamatan yang semakin berkembang.
“Cabaran keselamatan tradisional dan bukan tradisional juga semakin meningkat, dan ia tidak boleh dipandang remeh,” katanya. – KOSMO! ONLINE
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI