fbpx

Saya ajak semua masyarakat Islam, bukan Islam menyumbang – Mohd. Na’im

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Naim ketika melancarkan program Ihya’ Ramadan Peringkat Kebangsaan di Putrajaya, hari ini.

PUTRAJAYA – Rakyat Malaysia disaran supaya menyumbang kepada tabung wakaf pembangunan semula Gaza, Palestin yang kini digerakkan di seluruh negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, ia penting bagi mendapatkan dana untuk pembinaan semula hospital, sekolah dan masjid di negara itu.

Beliau berkata, pihaknya menyambut baik usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bersetuju menggerakkan pembangunan semula Gaza dan melancarkan tabung wakaf itu pada Isnin lalu.

“Perdana Menteri telah sebut secara khusus Malaysia dipertanggungjawabkan untuk melihat semula pembinaan hospital, masjid dan juga sekolah. Ini adalah merupakan tiga perkara yang dipertanggungjawabkan kepada kerajaan Malaysia.

“Saya mengajak semua masyarakat yang Islam dan bukan Islam untuk menyumbang kepada tabung wakaf pembangunan semula Gaza ini,” katanya ketika ditemui selepas melancarkan program Ihya’ Ramadan peringkat kebangsaan di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI