fbpx

Polis nafi pukul nenek sampai lebam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan seorang warga emas menangis teresak-esak selepas ditumbuk polis. - Instagram

JAKARTA – Seorang anggota polis di Samosir, wilayah Sumatera Utara menerima kecaman ramai selepas didakwa memukul seorang warga emas sehingga matanya lebam, lapor portal berita INews Medan semalam. 

Kejadian berlaku di Kampung Nainggolan beberapa hari lalu. 

Rakaman dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @hushwatchid memaparkan wanita itu menjerit sambil menangis teresak-esak di hadapan sebuah rumah yang dikawal oleh polis. 

“Sudah tua tidak tahu malu! Polis apa seperti ini? Nenek pun ditumbuk,” kata perakam video itu. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 193,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi netizen.

“Mereka (polis) lagi. Sampai bila nak habis?” kata seorang pengguna media sosial.

Sementara itu, Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Samosir, Asisten Komisioner Edward Sidauruk menafikan dakwaan wanita tersebut.

“Pelaku yang memukulnya ialah seorang lelaki dikenali sebagai MP dan bukan anggota polis, manakala siasatan sedang giat dijalankan,” tambah Edward. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI