fbpx

Penduduk kebumi jenazah ketika banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar sekumpulan lelaki mengusung keranda di sebuah tanah perkuburan yang banjir di Indonesia. - TikTok 

JAKARTA – Satu klip video tular memaparkan sekumpulan lelaki mengebumikan jenazah di sebuah tanah perkuburan yang ditenggelami banjir di Indonesia, lapor portal berita Detik News semalam.

Kejadian berlaku di Tanah Perkuburan Dusun Driyorejo di Gresik, wilayah Jawa Timur. 

Rakaman dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @driyorejo_update menunjukkan beberapa lelaki mengusung keranda secara perlahan-lahan agar tidak terjatuh. 

Lebih aneh, pengebumian itu dilakukan ketika air banjir mencapai paras paha orang dewasa. 

Seorang penduduk tempatan bernama Sakur berkata, mereka terpaksa meletakkan tambak dan cuba mengeluarkan air sebelum mengebumikan jenazah.

“Proses penggalian menjadi sukar akibat banjir dan kami harus bekerja lebih keras untuk menggali liang lahad. Ia mengambil masa yang sangat lama,” tambah Sakur. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI