fbpx

Mangsa jatuh dari ‘flyover’ Dash ketinggian 30 meter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa dianggarkan terjatuh dari ketinggian kira-kira 30 hingga 35 meter.

PETALING JAYA – Penunggang wanita terjatuh kira-kira 30 meter dari jejambat di Kilometer 0.7 Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (Dash), di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, kejadian kira-kira 6.50 petang berlaku ketika mangsa berusia 30 tahun melalui jalan berselekoh.

“Siasatan mendapati motosikal mangsa bergesel dengan kereta di hadapan sebelum mangsa terjatuh kira-kira 30 hingga 35 meter dari lebuh raya itu.

“Akibat daripada kemalangan itu, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ujarnya, siasatan diteruskan mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Semalam Kosmo! melaporkan polis mengesahkan insiden wanita maut tercampak ke bawah jejambat dalam kejadian petang semalam.

Meninjau ruangan komen video tular di media sosial, mangsa ketika kejadian dipercayai menunggang motosikal secara berasingan dengan suaminya sebelum terlibat kemalangan dan tercampak ke bawah lebuh raya berkenaan.

“Jatuh dekat dalam Sungai Penchala. Kalau tengok depan-depan tadi tak boleh berfikir macam mana boleh ke dalam sungai. Suami isteri naik motosikal berasingan tak silap,” komen Saz.

“Takziah, saya di lokasi kejadian. Kemalangan berlaku depan saya. Saya yang terjun dalam parit untuk tutup jenazah,” kongsi Amran Amatsudin.

“Patutlah nampak banyak kereta polis tadi. Ada kemalangan rupanya. Salam takziah pada keluarga,” ujar CikMutiara. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI