fbpx

Man. City tagih kepulangan Haaland

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAALAND

LONDON – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola berada dalam situasi terdesak untuk kembali mendapatkan khidmat penyerang utamanya, Erling Haaland.

Selepas terpaksa disisihkan pada perhitungan menentang Liverpool, Haaland dijangka kembali menjadi taruhan untuk menghadapi Tottenham Hotspur dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Tottenham Hotspur awal pagi esok.

“Pemeriksaan yang dilakukan tidak menunjukkan sesuatu yang serius tetapi Haaland berasa kurang baik untuk bermain menenang Liverpool.

“Saya rasa tidak lama lagi dia akan kembali kerana dia kini sudah pun menjalani latihan.

“Apabila dia mengatakan belum bersedia, saya perlu hormatinya. Tetapi saya harap dia boleh bantu kami pada perlawanan menentang Spurs,” kata Guardiola.

Penyerang Norway itu mengalami kecederaan lutut ketika memperkuatkan pasukan meraih kemenangan 4-0 ke atas Newcastle United pada 15 Februari lalu.

Bagaimanapun, ketiadaan Haaland menyebabkan City tumbang 0-2 kepada pendahulu liga, Liverpool di Stadium Etihad kelmarin.

Kecederaan tersebut juga menyaksikan Haaland tidak beraksi playoff kedua Liga Juara-Juara Eropah menentang Real Madrid yang berakhir City tewas 1-3 sekali gus tersingkir daripada pusingan 16 terbaik.

Ini bukan kali pertama City dihimpit masalah kecederaan dan situasi itu memaksa The Citizens tampil lebih baik bagi mematikan mata maksimum untuk memperkukukan kedudukan dalam kelompok empat terbaik. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI