fbpx

Malique kembali, akaun Instagram naik ‘mencanak’ 30,000 pengikut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Malique kini seperti memberi bayangan akan mula aktif dalam dunia seni tanah air.

PETALING JAYA – Sekian lama menyepi, penyanyi rap dan komposer Malique mengundang perhatian ramai apabila muncul dengan akaun Instagram rasminya, Malique Ibrahim.

Seperti mengubat kerinduan ramai, akaun Instagram Malique atau nama penuhnya Cairel Edrin Ibrahim itu diikuti lebih 35,000 orang dalam tempoh dua hari.

Namun, hasil tinjauan Kosmo! Online, Malique yang dikenali sebagai Mr. General itu masih utuh dengan prinsipnya tidak memuat naik sebarang foto memaparkan wajahnya dalam akaun tersebut.

Dia sebaliknya hanya berkongsi foto lokasi-lokasi menarik dan selebriti yang hadir ke studio miliknya, Qarma Studios.

Kewujudan akaun tersebut membuatkan para peminatnya teruja dan berharap Malique akan terus menghasilkan karya-karya hebat.

“Kalau di luar negara ada Eminem tapi di Malaysia kita mempunyai Mr. General, selamat kembali Malique!

“Harap ada berita baik, dah lama tak tengok Malique buat persembahan,” komen netizen.

Terdahulu, selepas pembubaran Too Phat pada 2007, Malique bergerak solo dan tidak pernah muncul dalam mana-mana platform media termasuk media sosial. Namun dia masih terus aktif menghasilkan lagu dan bekerja di belakang tabir.

Sebelum ini, single Malique berjudul Sedih Hati yang turut menampilkan suara Allahyarham Mona Fandey ‘meledak’ dan menarik perhatian ramai kerana menonjolkan anak sulungnya, Inca Medina, 14, dalam video muzik lagu tersebut.

Malique berkahwin dengan model, Melissa Maureen pada 2008 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Inca, Rumi Arjuna, Chasca Maya dan Ezra Aditya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI