fbpx

Liga Super: Kelantan Darul Naim FC tewas 0-3 di tangan Kuching City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pertahanan KDN FC mengasak Kipre (kiri) pada saingan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu sebentar tadi. FOTO IHSAN MFL

KOTA BHARU – Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) meneruskan langkah sumbang dalam saingan Liga Super apabila tewas 0-3 kepada Kuching City FC (Kuching City) di Stadium Sultan Muhammad IV di sini sebentar tadi.

Kuching City membuka jaringan seawal minit kedua melalui tandukan mudah Jordan Mintah hasil kesilapan barisan pertahanan KDN FC yang mencetuskan situasi sedikit kelam kabut di hadapan gawang.

Tiga minit berselang, Mintah sekali lagi menewaskan penjaga gawang tuan rumah, Muhammad Alfaiz Zula’amin untuk mencetak jaringan kedua Kuching City..

Tchetche Kipre memanfaatkan situasi kelam kabut di hadapan gawang KDN FC dengan umpanan menarik yang membolehkan Mintah menjaringkan gol ketiga Kuching City pada minit ke-58 sekali gus melengkapkan jaringan hatriknya.

Perlawanan berakhir dengan keputusan 0-3 dan Kuching City kekal di tangga kelima manakala KDN FC terus menghuni kedudukan tercorot Liga Super. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN