fbpx

Kes khalwat Ruhaines, Aliff Aziz selesai?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Difahamkan, prosiding tersebut berlangsung tanpa pengetahuan pihak media.

KUALA LUMPUR – Penyanyi Aliff Aziz dan pelakon Ruhainies didakwa sudah membayar denda berjumlah RM3,000 setiap seorang berhubung kes khalwat di sebuah kondominium di ibu negara pada 9 Mac tahun lalu.

Menurut sumber, bayaran denda tersebut diputuskan menerusi prosiding yang berlangsung pada Jumaat lalu di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, di sini.

Difahamkan, prosiding tersebut berlangsung tanpa pengetahuan pihak media.

Sebelum ini, media melaporkan Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan di sini menetapkan 20 dan 27 Februari ini bagi perbicaraan kes khalwat dua pelakon tersebut.

Hakim Syarie Abu Suffian Abu Yaziz menetapkan tarikh berkenaan selepas kedua-dua pihak bersetuju dengan tarikh yang dicadangkan.

Bagaimanapun, kelibat kedua-dua selebriti berkenaan termasuk peguam mewakili mereka tidak kelihatan di mahkamah pada 20 Februari lalu.

Sementara itu, peguam syarie yang mewakili kedua-dua selebriti terbabit, Abdul Hadi Mohamad Salleh juga tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan pengesahan berkenaan perbicaran kes itu.

Terdahulu, pada prosiding 3 Julai lalu, Aliff dan Ruhainies mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan berhubung kes khalwat pada 9 Mac lalu ketika pertuduhan dibacakan.

Pertuduhan terhadap mereka didakwa mengikut Seksyen 27(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 dan Seksyen 27 (b) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pada 20 Jun lalu, Aliff dan Ruhainies hadir di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan bagi proses lanjutan bon jamin terhadap kes khalwat yang dilaporkan berlaku di sebuah kondominium mewah, di sini, di ibu negara pada 9 Mac lalu.

Selepas dibawa ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk disoal siasat, Aliff dan Ruhainies dibebaskan dengan jaminan pada hari sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI