fbpx

KBS wujud program khas Rakan Muda untuk belia OKU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hannah beramah mesra bersama pelajar ketika lawatan pada Program Latihan Kemahiran Inklusiviti Belia Autisme dan Berkeperluan Khas di IKTBN Sepang, hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA / KOSMO!

SEPANG – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) akan mewujudkan program khas Rakan Muda khusus bagi belia orang kurang upaya (OKU) bertujuan mengasah kemahiran golongan berkenaan.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, selain program sedia ada yang ditawarkan di Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS), KBS mahu membuka peluang kepada golongan berkenaan mengembangkan bakat dalam pelbagai bidang.

“Kita akan mulakan dahulu dengan program Rakan Muda golongan belia OKU untuk pengisian masa lapang mereka.

“Berdasarkan pengalaman tenaga pengajar di sini, belia OKU ini juga memerlukan ruang untuk bersosial dan berkenalan dengan orang lain kerana interaksi itu sangat penting,” katanya.

Hannah berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau pelaksanaan Program Latihan Kemahiran Inklusiviti Belia Autisme dan Berkeperluan Khas di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Sepang di sini hari ini.

Program tersebut merupakan inisiatif KBS melalui ILKBS yang diperkenalkan sejak 2018 bagi membuka peluang kepada belia autisme dan berkeperluan khas untuk memperoleh kemahiran dan meningkatkan keyakinan diri serta membina masa hadapan yang lebih terjamin.

Sehingga kini, seramai 287 belia autisme dan berkeperluan khas telah menerima manfaat daripada program berkenaan melalui 13 ILKBS di seluruh negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI