fbpx

Juruteknik terkorban nahas di Nilai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN salah sebuah kereta yang terbabit dalam kemalangan di Jalan Persiaran Negeri Nilai, pagi tadi. - Foto oleh SHARIEZA ISMAIL / KOSMO!

SEREMBAN – Seorang wanita maut, manakala seorang lagi cedera apabila terlibat dalam nahas membabitkan dua buah lori dan dua buah kereta di Jalan Persiaran Negeri Nilai, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 7.25 pagi itu, mangsa yang memandu kereta jenis Proton Saga dan juga seorang juruteknik meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim berkata, sebelum kejadian berlaku, sebuah lori jenis Volvo yang dipandu oleh seorang lelaki berumur 34 tahun seorang diri itu dalam perjalanan dari arah Puchong menghala ke Bandar Enstek.

“Setiba di tempat kejadian, lori tersebut telah hilang kawalan dan terbabas lalu melanggar belakang kereta jenis Proton Saga yang dipandu mangsa berumur 23 tahun dan menyebabkan kereta tersebut menggelongsor kehadapan.

“Kereta mangsa kemudian melanggar belakang kereta Proton Waja dipandu seorang lelaki berumur 59 tahun sebelum melanggar lori jenis Nissan yang berada di hadapan.

“Akibat kemalangan itu, mangsa cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian. manakala pemandu Proton Waja yang cedera dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban. Pemandu lori tidak mengalami kecederaan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI