fbpx

Citaglobal catat untung sebelum cukai RM10.3 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Citaglobal berjaya harungi cabaran dalam persekitaran ekonomi sukar. -Gambar hiasan

PETALING JAYA – Citaglobal Bhd mencatat lonjakan 224 peratus dalam keuntungan sebelum cukai kepada RM10.3 juta daripada RM3.2 juta, didorong oleh peningkatan 55 peratus dalam hasil kepada RM94.1 juta bagi suku keempat yang berakhir pada 31 Disember 2024.

Keuntungan bersih selepas kepentingan minoriti melonjak 452 peratus kepada RM6.73 juta berbanding RM1.22 juta sebelum ini.

Pengerusi dan Presiden Citaglobal Bhd, Tan Sri (Dr) Mohamad Norza Zakaria berkata, prestasi cemerlang pada suku keempat ini dipacu oleh sumbangan kukuh daripada segmen kejuruteraan awam dan pembinaan (CEC), hartanah dan pembuatan.

“Pencapaian suku keempat ini amat signifikan kerana selain membolehkan anak syarikat
Kumpulan, Citaglobal Engineering Services Sdn Bhd (CESSB) mengatasi jaminan keuntungan tiga tahunnya sebanyak RM60 juta, tertakluk kepada audit, ia juga merupakan prestasi suku tahunan terbaik Citaglobal dalam tempoh 31 suku tahun,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Secara kumulatif dari tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 (TK2022) hingga
TK2024, CESSB telah mencatat jumlah keuntungan selepas cukai melebihi RM60 juta,
tertakluk kepada audit.

Bagi keseluruhan tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024, keuntungan sebelum
cukai Citaglobal meningkat 80 peratus kepada RM24.9 juta, manakala keuntungan bersih
selepas kepentingan minoriti meningkat kepada RM14.9 juta. Ini didorong oleh kenaikan
42 peratus dalam hasil kepada RM291.7 juta.  -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI