fbpx

Cuaca panas, mendung berselang-seli, pekan Rantau Panjang dilimpahi air Sungai Golok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan sekitar pekan Rantau Panjang yang dilimpahi air Sungai Golok, hari ini. Foto oleh ROHANA ISMAIL

RANTAU PANJANG – Hujan lebat yang melanda beberapa daerah di Kelantan malam kelmarin menyebabkan air Sungai Golok melimpah memasuki pekan Rantau Panjang.

Cuaca di Rantau Panjang hari ini panas diselang-seli dengan mendung dengan sesekali hujan renyai-renyai namun banjir dipercayai berpunca limpahan air sungai tersebut.

Seorang penduduk Rantau Panjang, Habsah Salleh, 51, berkata, air naik sejak pagi tadi menyebabkan dia mula panik dan khuatir banjir buruk berulang lagi.

Katanya, beberapa kampung seperti Kampung Bagus, Kubang Rambutan, Kedai Lama dan Kampung Kedap di sini digenangi air sejak malam tadi.

“Saya terpaksa mengharung air sedalam 0.4 meter untuk keluar membeli barang dapur. Saya buat persiapan awal dengan membeli barang makanan kerana khuatir terkepung selepas ini,” katanya ditemui di pekan Rantau Panjang di sini, hari ini.

Seorang lagi penduduk, Mohd. Ghani Idris, 60, dia berharap banjir kali ini sekadar air lalu untuk turun ke sungai sahaja. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI