PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, berangkat tiba di Bandar Seri Begawan, Brunei sempena lawatan khas hari ini.
Menerusi hantaran di Instagram OfficialSultanIbrahim, keberangkatan tiba Sultan Ibrahim disambut mesra Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah.
“Pesawat khas yang membawa Seri Paduka Baginda tiba Bandar Seri Begawan pada pukul 2.25 petang.
“Lawatan khas ini mencerminkan hubungan erat serta mesra antara Institusi Diraja Malaysia dan Brunei, yang telah terjalin sejak lebih 40 tahun lalu,” katanya.
Katanya, keakraban itu terus diperkukuhkan melalui kunjungan Seri Paduka yang melambangkan persahabatan dan kerjasama kukuh antara kedua-dua negara. – KOSMO! ONLINE