fbpx

545 pengamal media rebut hadiah RM450,000 pada HKM 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Malaysian Press Institute (MPI) menerima sebanyak 545 penyertaan daripada 58 pertubuhan media bagi merebut Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI Petronas 2024 (HKM 2024).

Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Ainol Amriz Ismail, berkata jumlah penyertaan tahun ini merupakan yang tertinggi pernah diterima pihaknya, iaitu meningkat 12 peratus berbanding 488 penyertaan pada tahun sebelumnya.

“Kategori Kewartawanan Foto Terbaik dengan 80 penyertaan, meningkat 82 peratus berbanding tahun lalu, sekali gus menunjukkan penyertaan tertinggi.

“Ini diikuti kategori Berita Video Terbaik dengan 65 penyertaan dan kategori Bicarawara Video Terbaik iaitu 46 penyertaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menjelaskan bahawa peningkatan penyertaan ini membuktikan daya saing serta komitmen tinggi pengamal media dalam menghasilkan karya berkualiti.

“MPI turut berbangga menerima penyertaan daripada organisasi media baharu yang
menyertai HKM buat pertama kalinya.

“Maka, matlamat MPI untuk menarik penyertaan dari semua platform media berjaya,’’ ujarnya.

Dalam pada itu, Ainol berkata pihaknya mengumumkan pencalonan bagi Tokoh Wartawan Negara, Tokoh Media dan Anugerah Khas akan dibuka pada awal Mac ini.

“Sekretariat akan mula menghantar surat kepada pertubuhan media, persatuan wartawan, pertubuhan bukan kerajaan atau pertubuhan sivil berkaitan media serta institusi pengajian tinggi untuk pencalonan, dengan tarikh akhir ditetapkan pada 9 Mei depan,” katanya.

Majlis penyampaian anugerah akan berlangsung pada Malam Wartawan Malaysia pada 20 Jun depan di Kuala Lumpur, dengan pemenang akan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM450,000 tajaan Petronas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI