fbpx

Wanita meluru panjat kereta tengah jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita tersebut memanjat bonet sebuah kereta. - Instagram

JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan perbuatan seorang wanita berlari ke tengah jalan secara tiba-tiba bagi menghalang kenderaan yang lalu-lalang, lapor laman berita Pos Kota semalam.

Kejadian berlaku di jalan Jombang-Babat, wilayah Jawa Timur.

Berdasarkan rakaman video yang dikongsikan di laman Instagram, wanita berbaju putih itu dilihat mundar-mandir di tengah jalan yang sibuk.

“Wanita di Jombang menghalang kenderaan lalu-lalang dan mengganggu pengguna jalan raya,” kata keterangan video tersebut.

Wanita tersebut dilihat menghalang pelbagai jenis kenderaan termasuk lori.

Namun, dia bernasib baik kerana pemandu memperlahankan kenderaan mereka serta ada yang berhenti.

Seorang lelaki kemudian dilihat menarik wanita itu ke tepi jalan sebelum seorang anggota polis tiba bagi membantunya.

“Penduduk berusaha untuk menenangkan wanita itu sehingga seorang anggota polis tiba untuk menahannya,” tambah hantaran sama.

Tiada maklumat lanjut mengenai keadaan wanita itu setakat ini. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI