fbpx

‘Untung Bella, Syed Saddiq siap pantau waktu tidur’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular menunjukkan kemesraan antara Syed Saddiq dan Bella Astilah.

PETALING JAYA – Status hubungan antara Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan penyanyi popular, Bella Astillah kekal menjadi tanda tanya dalam kalangan peminat mereka.

Baru-baru ini, peminat semakin ‘bersemut’ apabila mengetahui Syed Saddiq menukar ‘wallpaper’ telefon pintar Bella kepada infografik peringatan berkaitan tidur.

“Ini handphone Bella, (wallpaper) ini adalah untuk mengingatkan supaya dia dapat tidur yang mencukupi,” kata Syed Saddiq.

Kemudian individu yang merakam video bertanyakan bagaimana Syed Saddiq mengetahui Bella mendapat tidur yang cukup ataupun tidak.

“Saya tahulah,” jawab Syed Saddiq ringkas.

Respons selamba itu menjadikan peminat semakin yakin bahawa adanya hubungan istimewa sedang dijalinkan antara Bella dan Syed Saddiq.

“Ini memang dah ‘confirm’ lah ni, kami restu. Cepat-cepatlah kahwin,” kata Hakim.

“Bersemut skrin ni. Kami perlukan jawapan, bercinta ke tidak,” komen Alysa.

“Pasangan ni kami restu, sama cantik sama padan,” komen Ateh.

Sebelum ini, pasangan ini juga turut mencuri tumpuan netizen apabila kedua-dua mereka dilihat seperti pasangan pengantin kerana segak berpakaian tradisional Melayu mendaki Gunung Kinabalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI