fbpx

Tukang kayu warga emas rugi RM420,750 akibat love scam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUANTAN – Seorang tukang kayu warga emas berputih mata apabila wang simpanan dan pinjaman daripada rakan-rakannya sebanyak RM420,750 lesap selepas dia terperdaya dengan ‘love scam’.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, kejadian di Temerloh itu bermula awal Februari tahun lalu selepas mangsa yang merupakan lelaki berusia 62 tahun berkenalan dengan seorang wanita di Facebook.

“Mereka berhubung melalui Mesengger Facebook dan selepas beberapa bulan suspek meminta tolong daripada mangsa untuk membayar tiket kapal terbang bagi tujuan pulang ke Amerika Syarikat.

“Mangsa berasa kesian dan telah memindahkan wang sepertimana yang dikehendaki suspek,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya sejak dari itu, suspek kerap meminta pertolongan daripada mangsa atas pelbagai alasan menyaksikan mangsa membuat sebanyak 132 kali transaksi ke dalam dua akaun berbeza berjumlah RM420,750.

Katanya, wang berkenaan adalah hasil daripada wang simpanan dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mangsa selain dipinjam daripada rakan mangsa.

Sementara itu katanya, pihak polis menasihatkan orang ramai supaya tidak melayan panggilan daripada individu yang tidak dikenali.

“Masyarakat juga diingatkan supaya membuat semakan nombor akaun dan nombor telefon yang diterima dipautan https://semakmule.rmp. gov.my terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi,”ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI