fbpx

Tugas berat pimpinan FAM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BARISAN kepimpinan baharu FAM perlu segera memulakan ‘kerja-kerja’ menyelamatkan bola sepak negara yang berdepan pelbagai isu.

PUCUK pimpinan baharu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) perlu segera memainkan peranan untuk ‘menyelamatkan’ masa depan bola sepak negara yang berdepan beberapa isu negatif sejak kebelakangan ini.

Isu pemecatan pengadil, kesilapan teknikal PDRM FC menurunkan pemain yang digantung pada final pertama Piala Cabaran, ‘perpisahan’ Giorgio Pompili Rossi dengan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dan masalah lapuk membabitkan gaji pemain pastinya akan beri kesan buruk kepada industri bola sepak tempatan.

Bekas pemain kebangsaan, Kamarudin Abdullah, berkata apa yang berlaku wajar dijadikan pedoman untuk segera perbaiki bagi mengelak wujudnya perbandingan dengan pentadbiran terdahulu.

“Yang dulu biarlah kerana ia sudah lepas, tetapi yang sekarang (kepimpinan baharu) awal-awal ‘buka gelanggang’ sudah susah. Pengurusan baharu sepatutnya lebih baik, mungkin juga boleh jadi lebih buruk.

“Kita sebagai orang luar susah nak komen kerana tidak tahu apa masalah sebenarnya yang berlaku. Tetapi, dengan apa yang berlaku orang pasti akan buat perbandingan.

“Ini sudah jadi amaran buat pucuk pimpinan baharu untuk segera cari jalan untuk perbaiki segala permasalahan. Saya setuju adalah bagus juga perkara seperti ini jadi lebih awal, sekurang-kurangnya ada gambaran untuk tambah baik,” katanya.

Sebelum ini Presiden baharu FAM, Datuk Joehari Mohd. Ayub tidak menolak kemungkinan untuk campur tangan dalam usaha meningkatkan kualiti dan ekosistem Liga Malaysia (Liga M) yang dianggap seperti ‘tidak sihat’ ketika ini.

Kamarudin juga merasakan impak tidak baik yang sedang dihadapi industri bola sepak negara ketika ini hanya bersifat jangka masa pendek.

“Apabila jadi perkara seperti ini pasti akan beri kesan, tetapi saya rasa ia hanya sementara. Apabila segalanya dibaiki, pasti tidak ada masalah lagi tentang implikasi atau impak terhadap bola sepak,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI