fbpx

Semangat Izzah kian membara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IZZAH berjaya meraih pingat gangas acara pecut individu wanita ACC 2025 di Nilai kelmarin. - AMIR KHALID

BINTANG berbasikal trek negara, Nurul Izzah Izzati Mohd. Asri tekad untuk mengekalkan aksi konsisten pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025 di Velodrom Nasional, Nilai, Negeri Sembilan.

Selepas meraih satu pingat perak serta satu gangsa menerusi acara pecut berpasukan dan individu wanita, Izzah kini mengalihkan sepenuh perhatian terhadap acara keirin hari ini.

Turun sebagai juara bertahan dalam acara tersebut, Izzah tidak meletakkan sasaran spesifik memandangkan saingan kali ini lebih sukar jika dibandingkan ketika meraih pingat emas pada edisi tahun lalu.

Bagaimanapun, dia masih meletakkan harapan untuk menamatkan saingan dalam kedudukan pingat, lebih-lebih lagi sedang bersemangat selepas bangkit meraih pingat gangsa acara pecut individu wanita kelmarin.

“Memang saya mahu cuba melakukan yang terbaik kerana keirin merupakan salah satu acara kegemaran. Saya juga sudah mendapatkan keyakinan dalam acara pecut, jadi harap ia boleh dibawa untuk keirin nanti.

“Saya tiada sasaran spesifik tetapi kalau boleh, saya mahu menamatkan saingan dengan pingat. Saya nak jadi lebih berani dan berikan saingan kepada pelumba-pelumba lain,” kata atlet dari Sungai Petani, Kedah itu.

Sebagai rekod, Izzah mencipta sensasi pada ACC 2024 di New Delhi, India tahun lalu apabila menamatkan kemarau 12 tahun tanpa emas selepas memenangi acara keirin dan 500 meter (m) ujian masa.

Sementara itu, dia menganggap cabaran kali ini lebih sukar berbanding tahun lalu kerana hampir semua pasukan menyenaraikan pelumba terbaik mereka menghadapi kempen 2025.

“Tahun ini mereka hantar pelumba-pelumba elit, jadi cabaran lebih sukar tetapi tidak mustahil. Saya akan cuba berikan yang terbaik kerana sudah bekerja keras dalam latihan sebelum ini,” ujar pelumba berusia 22 tahun itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI