KOTA KINABALU – Sabah mengumumkan kadar zakat fitrah kekal RM7.50 tahun ini.
Yang di-Pertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Datuk Seri Yahya Hussin memaklumkan kadar berkenaan ditentukan berdasarkan sukatan satu gantang Baghdad atau 2.7 kilogram beras yang dimakan oleh majoriti penduduk di negeri berkenaan.
“Jumlah keseluruhan kutipan zakat fitrah tahun lalu adalah berjumlah RM12,095,323.50 membabitkan 1,612,556 orang. Bilangan berkenaan menunjukkan peningkatan seramai 5,369 orang pembayar atau 0.33 peratus berbanding tahun 2023.
“Kutipan zakat harta untuk tahun lalu pula secara keseluruhannya adalah berjumlah RM122,358,037.15,” katanya pada Majlis Pengisytiharan Kadar Zakat Fitrah Negeri Sabah 2025 di Hotel Hilton hari ini. – KOSMO! ONLINE