fbpx

Restoran kari kepala ikan musnah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan restoran kari kepala ikan yang musnah dalam kebakaran di Pasir Tinggi, Hulu Terengganu semalam.

HULU TERENGGANU – Trip percutian pekerja sebuah restoran kari kepala ikan terkenal di daerah ini ke Kelantan bertukar duka apabila premis perniagaan mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Pasir Tinggi, di sini semalam.

Kebakaran pada pukul 5.30 petang memusnahkan kira-kira 60 peratus restoran terbabit melibatkan kerugian lebih RM50,00.

Pemilik Restoran Kari Kepala Ikan Pasir Tinggi, Abdul Mutalib Mohamad,38, berkata, beliau dimaklumkan kebakaran tersebut sewaktu sedang membawa pekerja-pekerjanya bercuti di negeri jiran terbabit.

“Salah seorang adik menghubungi saya sambil menangis memberitahu restoran kami sedang marak terbakar.

“Saya terus bergegas pulang sebelum tiba di lokasi restoran pada pukul 10 malam ekoran kesesakan lalulintas,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Abdul Mutalib hanya dapat melihat kesan kebakaran yang memusnahkan hampir keseluruhan restoran kari kepala ikan yang dibangunkannya sejak sembilan tahun lalu.

Begitupun beliau reda dan menganggapnya ujian sebelum ketibaan bulan Ramadan yang bakal tiba hujung minggu ini.

Sementara itu, Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Mohd. Khairi Mohd. Dali berkata, dua pasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Wakaf Tapai dan Kuala Terengganu bergegas ke lokasi kebakaran sebaik menerima maklumat pada pukul 5.54 petang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI