fbpx

Ratusan ribu penyu naik ke pantai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RATUSAN penyu naik ke pantai Rushikulya, Odisha.- Foto X/@ParveenKaswan

NEW DELHI – Pegawai Perkhidmatan Perhutanan India (IFS), Parveen Kaswan berkongsi rakaman video memaparkan ratusan ribu penyu spesies Olive Ridley berada di sepanjang sebuah kawasan pantai di India, lapor portal berita India Today kelmarin.

Beliau menganggap fenomena itu sebagai ekstravaganza alam semula jadi.

Dalam catatan di platform X, Parveen berkata: “Ratusan ribu penyu Olive Ridley naik ke pantai  untuk bertelur di India.”

Video itu yang asalnya dikongsi oleh Pegawai Hutan Bahagian dikenali sebagai Berhampur, menunjukkan detik mengagumkan itu di Pantai Rushikulya, negeri Odisha.

‘Acara tahunan’ itu dikenali sebagai Arribada, bermula pada 15 Februari dan dijangka berterusan sehingga esok hari seperti disahkan oleh Setiausaha Kumpulan Perlindungan Penyu Laut Rushikulya, Rabindranath Sahu.

Penyu  Olive Ridley mempunyai cangkerang  berwarna hijau buah zaitun dan  berada di bawah kategori terancam. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI