fbpx

‘Ratu Lebah hanya rekaan, tak ‘usik’ sesiapa pun’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MEMBAWAKAN karakter Ratu Lebah untuk menjual madu, Fezrul berlapang dada dikecam netizen.

KUALA LUMPUR – Tiada niat lain, pelakon Fezrul Khan menegaskan karakter Ratu Lebah yang dicetuskannya dalam media sosial hanya rekaan semata-mata.

Fezrul berkata, Ratu Lebah dicipta untuk tujuan perniagaan madu yang diusahakannya ketika ini.

“Sebenarnya saya cipta watak Ratu Lebah sebab jual madu dari Yaman, ditambah pula memang guna madu sebagai pengganti gula.

“Adakalanya bosan, tiada benda nak buat dan saya mahu hiburkan orang tetapi tiada niat pun nak tarik perhatian.

“Sejujurnya, saya tak ada nak ‘usik’ sesiapa pun,” katanya ketika ditemui pada majlis kempen Ramadan Raya Indahkan Memori Media Prima di sini, semalam.

Berkongsi kata ganti diri ‘she’ yang digunakannya, Fezrul berkata, itu adalah singkatan yang diambil daripada nama Sushi.

“Ramai yang pertikaikan penggunaan ‘She’ sedangkan nama sebenar adalah Sushi dan saya pendekkan jadi She.

“Shi macam tak sedap, jadi saya gunakan ejaan She. Kawan-kawan saya pun ramai guna nama itu dan faham. Tak ada kaitan tentang benda-benda lain,” katanya lagi.

Mengulas komen nakal diterimanya termasuk mengenai video memaparkan dia menari, Fezrul menegaskan dia hanya cuba meneroka pelbagai karakter sendiri.

“Sebenarnya, saya tak pandai menari pun tetapi suka mencuba menyelami watak itu sendiri.

“Semua itu hanya untuk hiburkan orang dan tiada ada niat apa pun.

“Ramai yang kecam tapi saya diamkan diri sahaja sebab tahu ada orang suka kita dan sebaliknya,” ujarnya.

Terbaharu, drama lakonannya, Dari Rahim Yang Sama bakal ditayangkan di slot Samarinda, TV3 bermula 14 April ini.

Selain Fezrul, drama itu turut membariskan pelakon hebat tanah air antaranya Nabila Huda, Mhia Firdaus, Rykarl Iskandar, Rafique Iskandar, Angeline Tan, Ashraf Muslim dan Ameerul Ashraf. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI