fbpx

Pura-pura guna tandas, wanita kebas singki restoran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BENTUK singki yang hilang di restoran Jardim Rodizo. - Foto Manchester Evening News

LONDON – Seorang pemilik restoran ketawa melihat rakaman video menunjukkan seorang wanita masuk ke dalam bilik air di premis berkenaan dan keluar bersama sebuah singki bernilai £150 (RM834) yang disembunyikan di dalam begnya, lapor portal berita Manchester Evening News semalam.

Pemilik restoran Jardim Rodizo di Altrincham, Robert Melman berkata, sukar baginya mempercayai  kejadian itu berlaku.

Selepas melakukan pemeriksaan rutin di bilik air, dia dan kakitangannya  mendapati sinki mereka hilang secara misteri.

Melman berkata, dia tidak boleh berbuat apa-apa selain ketawa melihat rakaman sistem  televisyen litar tertutup (CCTV) premisnya.

“Saya telah melihat banyak perkara, tetapi tidak pernah seperti ini,” katanya.

“Dia (pencuri) membawa beg hitam kecil. Dia masuk ke dalam tandas selama 11 atau 12 minit dan kemudian keluar. Semasa dia keluar, kami  mendapati beg itu penuh dengan sesuatu,” kata Melman. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI