fbpx

Notis kekosongan DUN Ayer Kuning telah diserah kepada SPR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid bercakap dengan pemberita di Ipoh hari ini. - Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA / KOSMO!

IPOH – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan notis pengisytiharan kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning telah diserahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, penyerahan oleh Speaker DUN Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid itu bagi membolehkan Pilihan Raya Kecil (PRK) diadakan dalam tempoh 60 hari selepas SPR menerima secara rasmi notis kekosongan kerusi tersebut.

“Oleh kerana tempoh mengadakan PRK ialah 60 hari dan kebetulan minggu depan puasa dan selepas itu hari raya, jadi kita akan bincang dengan kepimpinan sebelum SPR mengadakan mesyuarat untuk menentukan hari penamaan calon dan hari pengundian.

“Secara kebetulan Sidang DUN Perak juga akan diadakan pada 15 hingga 19 April ini. Jadi kita minta SPR untuk ambil maklum sebelum beri keputusan, tertakluk kepada perbincangan yang akan diadakan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI