PETALING JAYA – ‘Muar tak pakai baju Melayu hari ni? Model pakaian tak ada hari ni? Hari ni pakai baju apa?’
Demikianlah usikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.
Usikan tersebut kemudiannya disambut dengan gelak tawa dan senyuman lebar Syed Saddiq yang berada di blok pembangkang.
Bukan itu sahaja, seiisi Dewan Rakyat juga kelihatan terhibur dan bergelak tawa sehingga ada yang menyebut nama penyanyi popular, Bella Astillah.
“Saya gurau gurau je,” tambah Anwar selepas itu.
Syed Saddiq sebelum itu bertanyakan tentang langkah proaktif bagi menangani banjir pada setiap kali musim monsun serta faktor luar jangka di kawasan yang sering dilanda banjir serta berpotensi dilanda banjir pada masa akan datang.
Sebelum ini, Syed Saddiq dan Bella Astilah mencuri tumpuan netizen apabila kedua-dua mereka dilihat seperti pasangan pengantin kerana segak berpakaian tradisional Melayu mendaki Gunung Kinabalu. – KOSMO! ONLINE