fbpx

Marea, AI bantu elak beras putih tempatan bersubsidi ‘ghaib’ di pasaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Badrul Hisham ketika sidang media berkenaan Mekanisma Pelaksanaan Subsidi Beras Putih Tempatan (BPT) di Wisma Tani, Putrajaya, hari ini.-Foto FAIZ ALIF ZUBIR

PUTRAJAYA- Kerajaan memberi jaminan bahawa bekalan beras putih tempatan (BPT) bersubsidi yang akan mula dijual 1 Mac ini tidak akan ‘ghaib’ di pasaran.

Ketua Pengarah Kawal Selia Padi dan Beras, Datuk Badrul Hisham Mohd. berkata, keyakinan itu disandarkan menerusi penguatkuasaan berterusan oleh 1,200 anggota Agensi Regulatori dan Penguatkuasaan Agromakanan Malaysia (Marea) di seluruh negara.

Beliau berkata, pihaknya juga memperkenalkan sistem kecerdasan buatan (AI) dengan kemampuan jejak dan pantau (tracing dan tracking) pada setiap pek kampit beras bagi mengelak ia disorok dan manipulasi jualan.

“Ketika ini, bekalan beras ini akan dikawal menggunakan dua lapisan kawalan iaitu Marea dan sistem jejak dan pantau secara AI.

“Jadi, kami yakin dengan kapasiti itu (dan) ditambah dengan sistem AI yang digunakan untuk membuat tracing dan tracking, maka kita yakin subsidi ini akan menitik terus kepada kumpulan sasaran,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Katanya, buat masa ini, pihaknya tidak dapat mendedahkan lagi sistem jejak dan pantau itu kerana masih diperingkat rintis.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI