fbpx

Libatkan Angkasa rangka RMK-13 basmi kemiskinan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Fattah (dua dari kiri) melawat reruai usahawan ketika hadir Program Promosi Jom@Coop 2025 di sini hari ini.

KUALA SELANGOR-Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) berharap dilibatkan bersama dalam menyediakan input-input untuk membasmi kemiskinan dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13).

Presiden Angkasa, Datuk Seri Dr.Abdul Fattah Abdullah berkata, ini bertepatan kerana pihaknya mempunyai 16,009 buah koperasi yang mempunyai 7.15 juta ahli dengan sebahagian besarnya adalah dalam golongan B40.

“Kita berharap koperasi dijadikan satu sektor utama dalam pembangunan sosio-ekonomi (dalam RMK-13)termasuk membasmi kemiskinan dan juga keterjaminan makanan.

“Sebahagian ahli koperasi adalah kumpulan B40,jadi menggunakan koperasi untuk mengurangkan kemiskinan adalah instrumen terbaik,”katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutupan Program Promosi Jom@Coop 2025 di De Palma Resort di sini, hari ini.

Abdul Fattah yang juga merupakan Presiden ASEAN Co-Operative Organization (ACO) berkata, koperasi mempunyai jaringan ekosistem yang luas dalam pemasaran barangan di seluruh negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI