fbpx

Lelaki warga emas ditahan kes gaduh pertandingan MMA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar pergaduhan penonton pada pertandingan MMA di Dewan Besar Tanjung MBSA Seksyen 19, kelmarin.

SHAH ALAM – Seorang lelaki warga emas menjadi suspek terbaharu diberkas bagi membantu siasatan berhubung pergaduhan pertandingan seni bela diri campuran (MMA) di Dewan Besar Tanjung Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Seksyen 19, di sini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, penangkapan suspek berusia 61 tahun itu dibuat di sebuah restoran sekitar Puchong dekat sini kira-kira pukul 10 malam tadi.

Katanya, semakan rekod mendapati suspek mempunyai lapan rekod jenayah lampau.

“Kita mendapat tempoh reman selama tiga hari terhadap suspek terbaharu ini.

“Manakala, dua lagi suspek lelaki berusia 40 dan 45 tahun dilanjutkan reman sehari lagi selepas reman mereka tamat hari ini,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Jelasnya, kes disiasat mengikut Seksyen 148 dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Kosmo! Online semalam melaporkan pertandingan MMA yang berlangsung di Dewan MBSA Seksyen 19 di sini kelmarin bertukar kecoh selepas berlaku pergaduhan melibatkan 15 penonton sebelum tular menerusi beberapa buah video termasuk di aplikasi Tiktok.

Punca kejadian adalah disebabkan pertengkaran antara dua peserta yang telah dibatalkan penyertaan oleh penganjur dalam pertandingan tersebut kerana pihak lawan tidak hadir dan sakit.

Kedua-dua peserta ini kemudiannya telah bertengkar dan mengajak untuk berlawan di atas gelangggang sebelum provokasi berterusan yang berlaku menyebabkan keadaan semakin tidak terkawal hingga menyebabkan penyokong masing-masing bergaduh serta membaling kerusi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI