fbpx

Lelaki baring di tengah jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG lelaki berbaring sebelum berdiri di tengah jalan raya. - Stomp

SINGAPURA – Seorang lelaki berbaring di atas jalan raya di belakang sebuah kereta dan menghalang lalu lintas di Jalan Joo Chiat, Singapura, lapor portal berita Stomp semalam.

Satu rakaman video menunjukkan lelaki itu terbaring di atas jalan di belakang kereta di mana beberapa rakannya sedang berdiri.

Dia kemudian bangun dan berdiri sebelum bertinggung di tengah jalan  sehingga mengganggu perjalanan sebuah van.

Van itu menyalakan lampu lampu tinggi ke arahnya, tetapi dia tidak bertindak balas atau bergerak, menyebabkan kenderaan itu mengelak dan meneruskan perjalanan.

Netizen menyelar tindakan lelaki berkenaan dan menggelarkanya sebagai pengacau.

“Alangkah baiknya jika ini boleh dikemukakan kepada Penguasa Pengangkutan Darat,” kata individu yang merakam klip video tersebut. –  AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI