fbpx

Juara bertahan kembali ‘mengaum’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VINICIUS (kanan) memastikan tiga mata menjadi milik Real dengan gol kedua ke atas Girona awal pagi semalam. - REAL MADRID CF

MADRID – Real Madrid berjaya menamatkan badi tiga aksi tanpa kemenangan dalam saingan La Liga selepas menewaskan Girona 2-0 pada perlawanan di Stadium Santiago Bernabeu awal pagi semalam.

Pada perlawanan itu, kapten pasukan, Luka Modric berjaya menjaringkan gol menarik seawal babak pertama dengan satu lagi jaringan disumbangkan Vinicius Junior untuk memastikan The Galacticos berkongsi mata dengan Barcelona di kedudukan teratas.

Pengendali Real, Carlo Ancelotti mengakui cukup teruja dengan prestasi pasukan secara keseluruhan selain gembira apabila pemain pertahanannya, David Alaba membuat kemunculan pertama selepas hampir 14 bulan disisihkan kerana masalah kecederaan.

“Kami menguasai perlawanan dengan baik tetapi apa yang paling memuaskan hati apabila melihat Alaba kembali beraksi secara kompetitif dan bermain dengan baik sepanjang 60 minit.

“Dia pulih di saat getir dan saya berjaya merehatkan beberaka pemain utama seperti Federico Valverde dan Antonio Rudiger yang mengharungi banyak perlawanan sebelum ini,” katanya.

Pengendali dari Itali itu turut mengakui terpukau dengan prestasi Modric yang kekal konsisten meskipun usianya sudah mencecah 40 tahun musim ini.

“Saya sudah kehilangan kata-kata pujian buat Modric kerana dia adalah pemain yang luar biasa dan anugerah untuk sukan bola sepak. Saya harap dia dapat terus menunjukkan kualiti bersama pasukan musim ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI