fbpx

Hujan lebat, kawasan rendah di Kuala Krai dinaiki air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kawasan Masjid Chenulang, Kuala Krai dinaiki air susulan hujan lebat pada malam tadi. -Foto PENDUDUK

KUALA KRAI – Beberapa kawasan rendah di daerah ini mula ditenggelami air susulan hujan lebat pada malam tadi.

Kawasan yang dinaiki air antaranya Kampung Chenulang, Sungai Pas, Bedal dan beberapa lagi kampung yang terletak di lokasi rendah.

Timbalan Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kuala Krai, Mohd. Razman Ramli berkata, situasi ketika ini masih terkawal dan tiada penduduk dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).

“Penduduk di Kuala Pertang di sini pasti akan terputus hubungan setiap kali hujan lebat. Kedudukan jambatan yang rendah menyebabkan kawasan tersebut mudah dinaiki air,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI