fbpx

Hampir seluruh negeri dilanda ribut petir hingga malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, angin kencang dan hujan lebat diramal hampir seluruh negeri sehingga pukul 7 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, seluruh Pulau Pinang diramal hujan lebat manakala di Kedah melibatkan kawasan
Kulim dan Bandar Baharu.

Selain itu, katanya, cuaca buruk juga diramal di Perak melibatkan kawasan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

“Di pantai timur, hujan lebat dijangka di Kelantan (Jeli dan Tanah Merah) manakala Terengganu melibatkan kawSN Hulu Terengganu dan Dungun.

“Cuaca buruk turut diramal di Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Bera dan Rompin),” katanya.

Tambah MetMalaysia, seluruh Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor juga diramal ribut petir.

“Di Sarawak antara kawasan dijangka hujan lebat adalah Serian, Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Betong, Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu, Mukah, Kapit (Kapit), Bintulu, Miri dan Limbang.

“Kawasan di Sabah pula melibatkan kawasan Pedalaman (Sipitang, Tenom dan Nabawan),” katanya.

Ujarnya amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI